PELUANG PENGAJIAN PERUBATAN, PERGIGIAN DAN FARMASI KE MESIR

iklan harakah MAYAssalamualaikum,

Kepada:

Ibubapa, Bakal Doktor, Bakal Ahli Farmasi dan Bakal Doktor Gigi,

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk berkongsi  ilmu dan pengetahuan bersama, untuk membaca blog ini. Diharap ilmu ini dapat dikongsi bersama ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain.

Seperti yang kita sedia maklum, bidang perubatan merupakan bidang professional yang menjadi impian dan diminati oleh ramai pelajar dan ibu bapa.

Bidang perubatan menjanjikan peluang  karier yang cerah dengan menjanjikan pendapatan yang lumayan.

( W.H.O telah menetapkan untuk bergelar sebuah negara Maju, nisbah 1:400 perlu dicapai  )

Memikul tanggungjawab sebagai seorang Doktor adalah mencabar dan mulia, menjadikan mereka golongan yang dihormati dalam masyarakat tidak kira apa bangsa mahupun agama.

Tidak hairanlah mengapa ramai pelajar lepasan MATRIKULASI, ASASI, A-LEVEL dan STPM berlumba-lumba mendapatkan CGPA 4.00 untuk mendapat tempat dalam bidang perubatan di IPTA.

Sayangnya bukan kesemua permohonan pelajar diterima walaupun mendapat CGPA 4.00.  Pada Tahun 2011, seramai 3018 orang pelajar Matrikulasi mendapat CGPA 4.00

Sedangkan IPTA dalam Malaysia dianggarkan hanya menampung 1200 tempat sahaja. (berdasarkan kiraan 12 IPTA yang menawarkan kursus perubatan dan 100 pelajar baru untuk satu fakulti)

Bagaimana pula dengan pelajar MATRIKULASI , ASASI , A-LEVEL yang hanya mendapat CGPA 3.0? Pelajar Lepasan Diploma? Pelajar STPM? Persaingan yang sangat tinggi ini menyebabkan ramai pelajar beralih arah kepada IPTS tempatan. Tetapi bukan semua pelajar berkemampuan untuk menanggung kos pengajiannya ada yang  mencecah hampir RM 400,000!

SENARIO PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA FARMASI DI MESIR

Bagi pelajar lepasan DIPLOMA FARMASI di Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah, peluang mereka adalah sangat terhad dan hanya sekadar menjadi “Pembantu Farmasi”

Lembaga Farmasi serta KPT telah mensyaratkan bahawa graduan lepasan Diploma harus mendapat PNGK 3.8 di peringkat Diploma untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah dan  perlu bermula dari Tahun 1 bersama-sama pelajar kelulusan Matrikulasi, STPM atau Asasi dari universiti-universiti IPTA tempatan. 

Pengalaman bekerja selama 2-3 tahun TIDAK DIAMBIL KIRA. Tetapi di Mesir, pelajar yang memohon hanya memerlukan kelulusan SPM untuk memasuki program IJAZAH SARJANA MUDA FARMASI 

selama 5 tahun. Program Clinical Phramacy tersebut diiktiraf oleh badan pengiktirafan seperti JPA dan Lembaga Farmasi.

KLIK SINI UNTUK LIHAT PENGIKTIRAFAN 

STUDENT-HAPPY

MENYAMBUNG PENGAJIAN PERUBATAN DI MESIR.

KENAPA MESIR?

1. Malaysia mempunyai hubungan baik dengan Mesir sejak berpuluh tahun dahulu di mana ramai pelajar-pelajar Malaysia menuntut dalam jurusan agama Islam di Universiti Al-Azhar

2. Pengajian adalah dalam BAHASA INGGERIS. Bahasa arab hanya perlu untuk bermuamalat dengan masyarakat tempatan.

3. Rakyat mesir amat menghormati rakyat Malaysia dan menganggap rakyat Malaysia sebagai tetamu dan sahabat mereka.

4. Kos sara hidup yang rendah, iaitu separuh dari nilai Ringgit Malaysia .

RM 0.5 = 1.0 L.E (Sila semak matawang semasa)

5. Yuran pengajian adalah antara TERMURAH jika dibanding dengan universiti-universiti di MALAYSIA , INDONESIA  dan RUSSIA.

6. Majoriti Masyarakat Mesir adalah Muslim, budaya, mendapatkan makanan halal dan menjalankan aktivit ibadah tidak menjadi sebarang masalah kepada pelajar Malaysia (Amalam Solat Sunat Tarawikh di Mesir pada bulan Ramadhan )

7. Rakyat Malaysia di Mesir seramai sehingga 2011 adalah lebih kurang 11000 orang.

8. Program Perubatan,Pergigian dan Farmasi hanya dibuka untuk golongan BUMIPUTRA MUSLIM sahaja

9. MARA, JPA juga menghantar pelajar tajaan mereka ke universiti di Mesir.

SYARAT KELAYAKAN •

BUMIPUTERA MUSLIM • Dengan mendapat B dalam semua subjek 

  • ·        BIOLOGI,
  • ·        FIZIK,
  • ·        KIMIA,
  • ·        MATEMATIK MODEN &
  •          MATEMATIK TAMBAHAN dalam SPM. 

 SILA HANTAR DOKUMENT ANDA SECEPAT MUNGKIN, TEMPAT ADALAH TERHAD Sekiranya ada sebarang kemusykilan, boleh hubungi saya Sekian, wassalam. “Yang kurang datang dari saya,Yang baik datangnya dari ALLAH SWT” Yang benar,

MOHAMMAD ANWAR BIN SHAMSUDIN – 019 727 2362

PN. INTAN – 017 4493770

(Untuk program Perubatan, Pergigian dan Farmasi) Pengiktirafan JPA  : http://pengiktirafan.jpa.gov.my/ Pengiktirafan oleh Malaysia Medical Council     http://mmc.gov.my BERMINAT? SILA LENGKAPKAN BORANG DIBAWAH DAN PIHAK KAMI AKAN DALAM MASA YANG TERDEKAT